Assalamualaikum semua, raya dah nak habis tapi baru berkesempatan nak tulis entry berkenaan hari raya. Walaupun kita dah sampai penghujung bulan syawal tetapi, saya masih lagi menerima undangan open house raya dari kawan-kawan.

Majlis rumah terbuka atau Hari Raya Open House ini telah menjadi satu tradisi dalam masyarakat Malaysia dan juga menjadi acara wajib bagi sesebuah keluarga yang besar seperti kami.

Majlis Hari Raya Open House yang diadakan setahun sekali ini sebenarnya sangat bagus dan membantu kita mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sahabat handai.

Jika ada yang merancang ingin buat majlis Hari Raya Open House dan masih mencari -cari menu yang sesuai untuk dihidangkan kepada para tetamu, dibawah ini adalah  cadangan beberapa menu untuk anda semua.

Menu Hari Raya Open House 2023

1) Lontong Johor 

Lontong kalau kami sekeluarga buat mesti ada kuah kacang.Menu ini biasa menjadi pilihan semasa majlis open house raya. Kuah lodeh kena cukup lemak santannya baru sedap.Paling penting kena meriah dengan isinya seperti sayur kobis, karot, kacang panjang, tempe, tauhu, suhun dan fucuk tahu.Jangan lupa telur rebus yer baru menu ini complete.

2) Nasi Impit, Kuah Kacang, Rendang

Menu wajib ada semasa open house raya, kalau tak ada menu ini, rasa tak lengkap menu open house raya .

3) Laksa Penang

Hidangan popular ini memang menjadi favourite dan menu pilihan kami sekeluarga dan sangat sesuai dihidangkan pada tetamu semasa open house raya. Boleh cuba

4) Mee Kari Nyonya 

Antara menu favourite open house raya kami sekeluarga dan resepi dia korang google jer senang.

5) Mee/Bihun Goreng

Menu raya paling simple dan senang, buat jer bihun goreng dan mee goreng apabila tetamu datang ke rumah.Boleh tambah menu sampingan lain seperti roti jala, kuih-muih dan buah.

6) Nasi Hujan Panas / Daging masak hitam/Acar jelatah

Menu wajib ada semasa open house raya nasi hujan panas, nasi beriani atau nasi minyak.Jom cuba

Resipi Nasi Hujan Panas

Bahan - Bahan

6 cawan beras pusa Jasmin
(rendam 20 ke 30 minit kemudian cuci dan toskan)
2 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar butter
5 cawan air
1 1/2 cawan susu cair
Pewarna merah, hijau dan kuning telur
Bawang goreng dan kismis untuk hiasan
Garam secukup rasa

Bahan Tumis

3 kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
4 biji cengkih
3 biji pelaga
1 helai daun pandan

Bahan Hiris/Kisar

8 ulas bawang merah (hiris)
4 ulas bawang putih (hiris)
2 inc halia (hiris)

Cara- Caranya
1. Panaskan minyak sapi dan butter
2. Tumiskan bahan tumis dan daun pandan hingga wangi
3. Masukkan bahan hiris/kisar dan masak hingga keluar minyak. 
4. Masukkan beras yang sudah di tos kedalam periuk nasi
5. Tambah susu cair, air dan garam secukupnya. Kacau rata
7. Tutup periuk nasi dan masak nasi seperti biasa. 
8. Bila nasi dah masak boleh masukkan 3 pewarna pewarna, bawang goreng dan kismis. Biarkan sekejap dan gaul.

Resipi Daging Masak Hitam

Bahan bahannya

Daging batang pinang 2 kg
Rempah tumis 4 sekawan
Bawang kecil 6 biji (kisar)
Bawang putih 10 ulas (kisar)
Halia 5-6 hiris
Serai 2 batang
Buah keras 5 biji
Jintan manis 1 sudu kecil
Lada hitam 1 sudu kecil
Cili kering blender dan (2@3 senduk kecil)
Sos tomato 2 sudu kecil
Kicap pekat
Kicap manis kipas udang
Garam secukup rasa

Cara caranya

1. Basuh daging dan toskan airnya .
2. Masukkan daging dalam periuk, 
3. Isi kicap manis, kicap pekat, cili blender dan perap daging selama 2 jam.
4. Kisar bawang kecil, bawang putih dan halia 
4. Kisar serai, buah keras, jintan manis dan lada hitam
5. Panaskan minyak, tumiskan 4 sekawan, bawang merah dan bawang putih yang dah diblend tadi.
6. Goreng hingga wangi, dan masukan rempah kisar  hingga pecah minyak(serai, buah keras, jintan manis dan lada hitam)
7. Kemudian masukan daging tadi dan gaul hingga air kering dan kecilkan api
8. Jangan lupa masukan sos tomato garam secukup rasa.

Ini adalah 6 idea menu open house raya yang anda boleh cuba.
Bila pergi open house raya makan macam-macam, mula lah perut meragam, jom detoks klik disini