Assalamualaikum salam ceria selalu, hari ini saya nak kongsi tentang insentif yang shaklee tawarkan untuk semua ahli shaklee yang layak iaitu cash, car dan convention.


Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa semua qualifier yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka, Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket.

Walaupun saya belum pernah capai insentif percutian shaklee serba mewah ini, tapi insyaallah satu hari nanti pasti impian ini akan tercapai.

Rasa sangat teruja bila mendengar cerita yang menarik dari kawan-kawan yang qualified trip percutian shaklee.

Di dalam syarikat besar seperti shaklee, jika kita dapat mencapai target jualan mengikut syarat yang telah ditetapkan, shaklee akan beri insentif perlancongan iaitu percutian shaklee serba mewah yang ditaja sepenuhnya oleh shaklee.

Percutian Shaklee Serba Mewah ini ditaja sepenuhnya dari segi makanan, tiket penerbangan, penginapan hotel bertaraf 6 bintang hingga ke acara grand bertaraf VVIP.Bukan itu sahaja, duit poket juga ada disediakan bagi setiap ahli shaklee yang layak.

Pada tahun 2023 shaklee telah membawa semua peserta dan achiever shaklee yang layak ke Los Angeles dan Anaheim bagi international trip selama 7 hari 6 malam.

Untuk Regional Trip pula biasanya melibatkan percutian ke negara-negara Asean dan pada tahun itu destinasinya adalah ke Seoul Korea selama 4 hari 3 malam.

Bagaimana Caranya Untuk Dapat Insentif Percutian Shaklee?

Kiraan mata ganjaran insentif percutian shaklee bermula pada April 2023 hingga Mac 2024.Semua peserta yang layak dikira berdasarkan mata ganjaran conference dan pangkat efektif.

Insentif percutian shaklee ini terbahagi kepada 2 iaitu

1. Lawatan Insentif Antarabangsa Shaklee/Umrah Trip

Kelayakan peserta efektif rank leader minima coordinator dengan 1150 CP (conference point)

2. Lawatan Insentif Serantau Shaklee

Kelayakan efektif rank minima pangkat senior supervisor sepanjang tempoh kelayakan dengan conference point 570.

Percutian Shaklee International Trip Umrah



Bersama shaklee, kita bukan sahaja dapat nikmat kesihatan yang baik dan jana pendapatan tetapi kita juga berpeluang untuk menjejakkan kaki menunaikan umrah dan ke negara orang dengan percuma.

Jika anda ingin tahu tentang produk atau bisnes shaklee sila klik link ini