Hai assalamualaikum semua sahabat,

Rasanya dah lama sangat saya tak pergi travel kemana-mana, last pergi travel luar malaysia 4 tahun lepas. Masa itu memang sangat seronok dan hilang stress, bila dapat keluar bawa keluarga travel ke tempat orang. Di sini kita akan dapat lihat budaya masyarakat setempat, dapat singgah tempat-tempat yang menarik, makan makanan yang sedap-sedap dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh kita buat bersama keluarga.

Kebiasaannya kami akan merancang 2 atau 3 bulan lebih awal sebelum pergi travel, tapi sekarang kalau nak pergi travel kemana-mana saya akan pilih destinasi dalam Malaysia sahaja.Di Malaysia pun banyak tempat yang menarik dan sesuai untuk kita lawati bersama keluarga

Ada beberapa perkara yang kita perlu ambil berat bila kita travel bersama keluarga. Kalau ke luar negara pastikan dokumen perjalanan seperti pasport dan visa tak ada yang tertinggal.Disini saya ada sediakan beberapa Tips Travel bersama keluarga yang mungkin dapat membantu anda.

Tips Travel Bersama Keluarga 

1. Buat sedikit research sebelum pergi travel termasuk kos perjalanan, pengangkutan, penginapan dan tempat tarikan pelancong yang anda rancang untuk lawati. Buat senarai tempat yang paling utama dahulu.

2. Pastikan pasport, visa dan dokumen perjalanan ahli keluarga anda dalam keadaan baik dan masih belum expired. Sentiasa simpan salinan dokumen dalam bentuk fizikal dan digital dalam handphone.

3. Semak sama ada anda memerlukan sebarang suntikan vaksin atau ubat khas sebelum pergi ke destinasi tertentu. Rujuk doktor atau klinik.

4. Pastikan anda membawa pakaian, pencuci muka size travel, lotion tangan dan peralatan yang sesuai dengan cuaca dan aktiviti yang akan anda lakukan bersama keluarga disana nanti.

5. Paling penting sila check berat timbangan dan size bag bagasi anda, buat budget awal2 barang yang akan anda bawa balik nanti.Ini penting untuk mengelakkan bagasi terlebih berat semasa kita balik nanti.

6. Jangan lupa bawa first aid kit, suplemen dan ubatan yang penting, anda mungkin memerlukan semasa dalam perjalanan nanti.

7. Sentiasa utamakan keselamatan keluarga anda apabila berada di tempat orang. Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh warga tempatan, sentiasa peka dengan barang berharga dan elakkan pergi tempat-tempat yang menimbulkan risiko kehilangan atau kecurian.

8. Cari port makanan yang best dan sedap: Salah satu perkara terbaik dalam travel nanti ialah singgah dan makan di tempat yang menarik dan sedap. Jangan takut untuk cuba masakan orang tempatan atau restoran yang popular di kawasan itu yang penting ianya halal yer.

9. Jangan stress-stress jika terdapat masalah atau perubahan dalam rancangan anda.Kekal tenang sebab kalau tak sabar mood travel akan berubah,semua ke laut. Bersabar dengan situasi yang mungkin timbul dan cuba cari penyelesaian terbaik. 

10. Nikmati setiap saat perjalanan travel anda.Jadikan travel anda pengalaman yang tidak dapat anda lupakan dan gunakannya untuk mencipta kenangan indah.

Harap tips ini dapat membantu anda dalam perjalanan anda. Selamat bercuti dan melancong.