Syukur alhamdulillah diam tak diam rupanya lagi 13 hari kita nak menyambut bulan ramadhan. Sudah bersedia nak sambut ramadhan tahun ni, che na pasti ramai dah tak sabar nak tunggu bulan ramadhan tiba.
Semoga ramadhan kali ini adalah ramadhan yang terbaik buat kita semua berbanding tahun sebelumnya. Inshaa allah.
Ok untuk entry kali ini Che na nak kongsi pengalaman ramadhan berpuasa dengan
set ramadhan shaklee. Selain itu untuk kekal sihat sepanjang bulan ramadhan, che na juga ada beberapa tip untuk dikongsi supaya kita sama-sama kekal sihat dan bertenaga sepanjang berpuasa nanti.
TIP SEPANJANG BERPUASA DI BULAN RAMADHAN
1) Jangan skip waktu sahur anda kerana sahur seperti sarapan pagi, ia sangat penting untuk tenaga tambahan anda sebelum tiba waktu berbuka puasa. Ambil makanan sihat daripada serat dan protein.
2) Kurangkan ambil minuman berkafein, jika anda peminat kopi anda boleh gantikan dengan minuman elektrolit seperti Performance Drink atau teh yang rendah kafein untuk elakan kita dehidrasi dan sakit kepala.
3) Semasa bersahur lebihkan pengambilan protein dan serat dalam makanan kerana ia akan memberikan rasa kenyang dengan lebih lama.
4) Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang manis untuk mengelakan kenaikan berat badan sepanjang kita berpuasa
5) Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki atau berbasikal selama 30 min
6) Untuk memastikan tubuh kita kekal sihat sepanjang ramadhan, pastikan anda tidak lupa ambil suplemen seperti protein, vit B dan minuman elektrolit.
BERBUKA DAN SAHUR LEBIH MUDAH DENGAN SET PUASA SHAKLEE
Pengalaman berpuasa che na sama seperti tahun-tahun yang sebelum ini, kalau waktu bersahur che na wajib bersahur dengan set puasa shaklee sebab mudah dan cepat.
Sepanjang tempoh ramadhan juga Che Na akan kurangkan ambil makanan jenis karbohidrat seperti nasi atau mee untuk elakan rasa mengantuk dan letih.
Pengalaman yang tak boleh dilupakan pada tahun lepas bila bangun waktu bersahur tiba-tiba elektrik tak ada, dah satu family duduk dalam keadaan bergelap.
Anak-anak memang suka makan makanan berat semasa bersahur tapi kalau dalam keadaan gelap kita nak masak memang tak sempat.
Alhamdulillah walaupun dalam keadaan bergelap kami sekeluarga masih mampu bersahur sebab tak payah susah-susah nak masak.Hanya buat Set Puasa Shaklee jimat masa dan tenaga tak sampai 10 minit dah selesai sahur.
Kenapa Che Na suka ambil set puasa shaklee ini?
Kulit tak rasa kering ,yang paling penting che na rasa badan lebih cergas, rasa lebih bertenaga dan kurang mengantuk.Nak tahu tak set puasa shaklee yang selalu Che Na ambil sepanjang ramadhan
Set Puasa Shaklee Semudah 123
Esp Soy Protein
Minuman berasaskan soya non gmo yang membekalkan protein lengkap tanpa kolesterol dan membantu memberikan tenaga secara berterusan.Esp juga membantu menyelesaikan masalah gastrik,sembelit dan masalah kulit. Baca disini info lanjut tentang Protein Terbaik Shaklee
Cinch Shake
Sebagai Meal Replacement yang sesuai dijadikan sebagai menu bersahur dan berbuka. Selain menurunkan berat badan cinch shake juga membantu memberi rasa kenyang yang berpanjangan sepanjang hari. Mempunyai 3 perisa coklat, cafe latte, vanilla.
Performance Drink
Minuman isotonik semulajadi rendah gula yang membantu memberi tenaga sepanjang hari. Performance Dink juga mengawal dan mengurangkan kehilangan bendalir untuk mengelakan dehidrasi sepanjang berpuasa.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi, apa kelebihan set puasa shaklee boleh baca di entry Set Puasa Shaklee semudah 1 2 3.Dibawah ini Che na sertakan sekali pelan pemakanan set puasa shaklee.
Cara pemakanan Set Puasa Shaklee
Iftar
Berbuka puasa dengan Performance Drink untuk kekal terhidrat.Amalkan berbuka secara sederhana dengan pemakanan seimbang.
Lepas Terawih
Ambil Chinch Shake sebagai pengganti makanan berkhasiat yang mengandungi leucine untuk sentiasa bertenaga.
Sahur
Bersahur dengan Esp Soy Protein dan Life Shake untuk tenaga yang berpanjangan dan rasa kenyang yang lebih lama. 1 skop Esp+ 2 skop Life Shake.
Jika anda ingin tahu tentang Set Puasa Shaklee atau bisnes shaklee sila klik disini. Jom jana pendapatan tambahan dengan bisnes shaklee
#BlogMegaShaklee2.0
#ShakleeRetrive
#PengedarShakleeMaluri
4 Comments
Macam menarik jer..
BalasPadamBoleh wasap yer untuk detail
BalasPadamStart puasa banyak la buffet ramadahan, tak boleh nak control makan.Boleh try set kurus shaklee ni
BalasPadamTerima Kasih atas perkongsian
BalasPadamCatat Ulasan