Serbuk Protein merupakan cara yang paling senang dan mudah untuk kita mendapat protein yang mencukupi setiap hari.

Walau bagaimana pun, dengan lambakan pelbagai jenis dan jenama di pasaran, yang mana satu kah protein yang terbaik dan sesuai untuk kita?

Cuba lihat ciri-ciri serbuk protein yang kita beli adakah sama seperti dibawah ini.

6 Tips Memilih Serbuk Protein Terbaik.

1. Lengkap Dengan 9 Asid Amino 

Asid amino adalah blok untuk menghasilkan protein. Pengambilan 9 asid amino setiap hari penting untuk proses biologi badan seperti memberi struktur sel, mengangkut dan menyimpan nutrien serta membentuk organ, kelenjar dan otot. Selain itu ia dapat membantu membaiki tisu-tisu dalam badan seperti kulit, tulang dan rambut.

2. Bukan GMO (Genetically Modified Organism )

Bukan makanan yang telah diubahsuai secara genetik. Sumber bukan GMO ini penting bagi memastikan sumber nutrien kekal dalam makanan dan kita mendapat makanan yang lebih sihat dan selamat.

GMO adalah makanan yang telah diubah suai secara genetik atau dipanggil sebagai Genetically Modified Organism (GMO) dimana organisma seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan atau mikroorganisma telah melalui proses pengubahsuaian bahan genetik iaitu DNA melalui proses kejuruteraan genetik.

3. Tiada Gula Tambahan

Kebanyakan pengeluar menambah gula pasir ke dalam serbuk protein mereka untuk memberi dan meningkatkan rasa.Pastikan anda ambil protein tanpa gula tambahan.

4. Indeks Glisemik Rendah 

Indeks Glisemik menunjukan kesan makanan terhadap paras gula dalam darah anda. Ambil Protein Soya rendah lemak membantu mengekalkan paras gula darah yang sihat, meningkatkan rasa kenyang dan membantu menurunkan berat badan

5. Rendah Lemak

Paling baik pilih serbuk protein rendah lemak kerana ia membantu mengawal paras kolesterol yang sihat dan mengekalkan  jisim otot. Pilih protein yang kurang 3g lemak untuk setiap 100g serbuk protein.

6. Pilih Dari Sumber Soya

Nak pilih sumber protein terbaik, pilih yang dari sumber soya kerana ia lebih sesuai untuk semua orang termasuklah yang jenis sensitif kepada laktosa. 100% berasaskan tumbuhan dan sesuai untuk individu yang vegetarian.

Tahukah anda pengambilan 25gram protein soya setiap hari boleh memberi kesan kepada penurunan tahap kolesterol.

Info lanjut tentang  serbuk Protein terbaik ada disini sila klik