Assalamualaikum semua semoga sihat dan ceria selalu, hari ini hari yang sangat busy untuk semua ibu-ibu didapur yer. Masing-masing sibuk buat persiapan dan juadah hari raya kerana esok semua umat islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya, untuk entry kali ini saya nak kongsi tentang Insentif Shaklee Malaysia. Masa mula-mula saya buat bisnes shaklee, saya memang tidak pernah ambil tahu tentang insentif yang shaklee tawarkan.

Masa tu saya hanya fokus jual Vitamin C dan nak dapat untung runcit sahaja. Bonus yang first saya dapat dari shaklee sebanyak RM80, bulan seterusnya dapat bonus RM364 dan meningkat lagi hinggalah saya capai pendapatan 4 angka sebulan. Rupa-rupanya banyak insentif yang shaklee tawarkan kepada pengedar yang aktif.

Apa yang Shaklee tawarkan kepada pengedar?

Shaklee menawarkan insentif 3C kepada semua pengedar shaklee iaitu Cash, Car dan Convention trip.

Insentif 3C Untuk Usahawan Shaklee

1. Cash

Untung runcit untuk setiap jualan produk shaklee dari 15- 20%. Kita beli produk dengan harga pengedar (ahli) dan jual dengan harga runcit.

Ada lagi yang best, kita bukan sahaja dapat untung runcit tetapi berpeluang untuk dapat bonus peribadi sehingga 21%, bonus kepimpinan dan bonus infinity. Semakin besar jualan dan rangkaian group kita semakin besar bonus kita. Bonus akan dimasukkan ke dalam akaun bank kita pada setiap 14 hari bulan.

2. Car Bonus

Insentif kedua adalah bonus kereta, macam mana kita nak dapatkan bonus kereta? Insentif ini untuk mereka yang dah capai Bussiness Leader iaitu rank Supervisor ke atas. Untuk dapat bonus kereta Leader perlu menepati syarat- syarat yang telah ditetapkan oleh shaklee. Bonus kereta ini akan dibayar dalam bentuk cash ke dalam akaun bank kita setiap bulan.

Duit car bonus khas untuk beli kereta sahaja ker? Eh kalau tak nak beli kereta pun tak per boleh guna untuk beli barang lain juga atau bayar duit rumah. Anggaran bonus kereta yang kita akan dapat antara RM500 hingga unlimited bergantung kepada jualan group kita. Lagi banyak jualan group lagi banyak bonus kereta.

3. Convention Trip

Pergi melancong free siapa tak nak kan?Setiap tahun shaklee akan menawarkan trip perlancongan mewah kepada semua Leader Shaklee yang layak mencapai syarat- syarat yang ditetapkan selama setahun.

Trip perlancongan ni semua free ker?

Ya semuanya percuma dan ditaja sepenuhnya oleh shaklee termasuk duit tiket, hotel dan makanan, cuma kalau nak shopping jer guna duit sendiri, best kan? Convention trip ni ada 2 jenis iaitu International Trip (antarabangsa) dan Regional Trip (Serantau).

Pada tahun 2024, Shaklee bakal membawa para pengedar shaklee yang layak untuk ke Lawatan Antarabangsa Osaka,Nara, Kyoto Jepun dan Lawatan Serantau Pelayaran Royal Caribbean Singapura ke Phuket.

Trip perlancongan mewah ini bagi meraikan pengedar shaklee yang telah berjaya mencapai target jualan. Shaklee juga ada menawarkan kepada semua pengedar muslim, peluang menunaikan umrah bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga untuk ahli keluarga dan semuanya dibayar dan ditaja oleh shaklee.

Untuk tahun 2023 ni, kita ada satu lagi insentif menarik iaitu bermula tahun baru 2023/2024, pada sesiapa yang dapat rank up ke supervisor dan senior supervisor selama 3 bulan berturut turut akan dapat duit tambahan.

Cara untuk dapatkan duit tambahan RM600 tu senang jer, setiap pengedar perlu naik pangkat atau efektif sebagai Supervisor dan Senior Supervisor. Kemudian kekalkan pangkat selama 2 bulan berturut turut selepas naik pangkat bermula bulan April sehingga Jun 2023. 

Setiap kali pengedar naik pangkat atau efektif dalam sebulan, dia layak untuk dapat bonus sebanyak 21% iaitu bersamaan 4 angka bermula RM1200-2500 atau lebih lagi. 

Seorang pengedar yang berjaya kekalkan kedudukan 21%, selama 3 bulan berturut-turut maka dia layak untuk dapat duit tambahan berjumlah RM600 dari Shaklee. Ini menjadikan jumlah keseluruhan duit yang dia dapat lebih kurang RM6500 -RM7000 untuk  3 bulan itu.

Bagaimana nak dapat semua insentif shaklee ini?

1. Anda hanya perlu register sebagai ahli shaklee yang berdaftar dahulu atau buat belian mana-mana produk sebanyak 100uv dapat free keahlian.

Daftar ahli shaklee klik button di bawah