Untuk berjaya dalam hidup, motivasi diri adalah sesuatu yang sangat penting untuk dijadikan sebagai panduan. Kita perlu tahu bagaimana untuk memotivasikan diri kita sendiri.

Ada masa kita perlukan sokongan dan kata- kata semangat dari kawan-kawan untuk kita teruskan melangkah ke hadapan. Pernah tak bila kita rasa down, tetapi bila terbaca kata-kata motivasi di media sosial, tiba-tiba kita rasa bersemangat semula.

Ok untuk entry kali ini saya ingin berkongsi koleksi kata-kata motivasi kejayaan pemberi semangat untuk kita semua.

10 Koleksi Kata-Kata Motivasi Kejayaan

1. Kejayaan adalah proses yang sangat perlahan tetapi berhenti di pertengahan jalan tidak membantu untuk mempercepatkan.

2. Gagal itu biasa, terus berusaha itu baru luarbiasa

3. Jika kamu berhasrat untuk berjaya jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk mendaki tangga

4. Rahsia kejayaan dengan besarkan impian, berhenti berangan dan mulakan tindakan

5. Kalau nak berjaya dalam kehidupan, kena jadi buta dan pekak. Buta dengan halangan di hadapan, pekak dengan kata-kata negatif dan cacian.

6. Jangan membandingkan kehidupan kita dengan orang lain kerana tiada perbandingan antara bulan dan matahari, mereka akan bersinar saat tiba waktunya.

7. Untuk mencapai kejayaan, kita harus lalui kepayahan dan tempuhi dulu kegagalan.

8. Lagi besar halangan dan tekanan, lagi besar kejayaan.

9. Cepat atau lambat, jika kita teruskan kita pasti sampai ke puncak kejayaan.

10. Orang yang berjaya bukanlah orang yang tak pernah kecundang, tetapi mereka adalah orang yang tak pernah berhenti berjuang.