Sahur bukan hanya tentang makan dan minum menjelang puasa, tetapi amalan bersahur merupakan sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW. Sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud

“Bersahurlah kamu, sesungguhnya dalam bersahur itu ada keberkatannya.”

Bersahur memberi kita kekuatan dan tenaga sepanjang seharian berpuasa. Oleh sebab itu, pentingnya kita mengambil menu sahur agar kita dapat melakukan aktiviti harian tanpa rasa letih.

Semasa bersahur kita digalakkan mengambil makanan berasaskan karbohidrat kompleks seperti nasi, roti gandum penuh atau oat.

Pengambilan makanan tinggi serat seperti roti tinggi serat atau roti mil penuh serta oat pula dapat mengurangkan rasa lapar. Jangan lupa mengambil buah-buahan dan air yang mencukupi ketika bersahur.Badan kita memerlukan tenaga semasa berpuasa, untuk elakan keletihan.


1) Karbohidrat Bijirin Penuh

Karbohidrat adalah sumber utama tenaga yang diperlukan oleh badan apabila kita berpuasa. Ambil sumber dari karbohidrat kompleks semasa bersahur seperti nasi (beras perang), barli, oat, dan roti gandum penuh kerana ia mengandungi serat yang tinggi dan akan membantu kita kenyang lebih lama.

2) Protein

Protein membantu membina otot, mengambil protein ketika bersahur dapat membantu menjaga keseimbangan gula dalam darah dan mengurangkan rasa lapar sepanjang berpuasa. Sumber protein adalah dari ayam, ikan, telur, kekacang dan yogurt.


3) Ambil Serat 

Serat membantu menjaga dan membantu pencernaan yang sihat. Kurma merupakan buah yang kaya dengan serat.Mengambil kurma semasa bersahur menjadikan kita kenyang dan memberi tenaga sepanjang berpuasa.Sumber serat dari buah buahan dan sayuran, tetapi elakan buah yang tinggi fruktosa.

4) Air

Minum air putih adalah menu sahur yang terakhir dan paling penting diambil secukupnya semasa sahur untuk elakan dehidrasi.

Di sini saya nak kongsikan Idea Menu Sahur sihat, menu sahur ini bukan sahaja memberi kita tenaga sepanjang hari tetapi juga membantu kita menurunkan berat badan.

Disini saya sertakan entry Diet Intermitten Fasting untuk menurunkan berat badan


5 Idea Menu Sahur Sihat & Bertenaga

1. Menu Sahur Sihat - Oatmeal Kurma Honey

Bahan-bahan

3 sudu besar oat
2 biji kurma yang telah dipotong kecil
2 sudu besar madu
1 scoop serbuk protein (saya guna esp soy protein)
1/2 cawan susu almond (atau boleh guna susu rendah lemak)

Cara-cara
1) Masukan susu almond dalam bekas
2) Isikan oat dan serbuk protein
3) Isi buah kurma dan madu kacau rata.
4) Siap sedia untuk dimakan.



2. Menu Sahur Sihat - Resepi Banana Oatmeal Walnut

Bahan-bahan

3 sudu oat
2 sudu yogurt
2 sudu madu
1 biji pisang digrill dengan butter
Susu rendah lemak
walnut atau kekacang untuk tabur

Cara-cara
1. Masukan oat didalam bekas kecil
2. Masukan yogurt dan susu
3. Isi kan madu dan kacau rata
4. Tabur kekacang atau walnut
5. Makan denagn pisang yang telah digrill.

3. Menu Sahur Sihat- Roti gandum + Telur Rebus.

Bahan-bahan

2 keping roti gandum
2 biji telur rebus
1 sudu kecil butter
Salad hijau

Cara-cara
1. Sapukan butter keatas roti gandum
2. Sediakan salad hijau
3. Hidangkan roti gandum bersama telur rebus dan salad
4. Makan bersama sos cili/tomato.



4. Menu Sahur Sihat - Scramble Egg Vege + Potato Roasted

Bahan-bahan

2 biji telur
Mix vege
Daun bawang
Serbuk lada sulah+ perasa
1 biji potato potong wedges (Taburkan blackpepper seasoning dan grill)

Cara-cara
1. Campurkan telur,mix vege,daun bawang,garam dan sedikit serbuk lada sulah dan pukul sebati (style macam buat telur dadar, nak hancur pun boleh )
2. Panaskan minyak masukan campuran telur tadi dan kacau hingga masak.
3. Makan bersama kentang grill tadi, ermm sedap.

5. Menu Sahur- Nasi

Menu ini untuk mereka yang ingin makan nasi. Untuk menu nasi ini saya guna beras rebus (parboiled) dan boleh juga guna beras perang

Menu Nasi 1

1 cawan nasi
1 ekor ikan goreng
1/2 cawan sup sayur + tahu
1 biji pisang, 1 gelas susu dan 1 gelas air kosong

Menu Nasi 2

1 cawan nasi 
1 ketul ayam bakar
sedikit ulam & salad
3 biji kurma,
1 gelas susu,1 gelas air kosong.

Jangan risau jika anda tidak tahu nak masak apa untuk sahur. Idea menu sahur yang saya kongsikan ini amat mudah, sihat dan pastinya mengenyangkan.

Selain itu menu sahur diatas juga boleh digunakan untuk capai berat badan yang ideal sepanjang tempoh berpuasa kerana ia dapat membekalkan tenaga sepanjang hari.

Selain menu sahur sihat ini, pengambilan nutrisi Set Puasa Shaklee juga banyak membantu untuk turunkan berat badan. 

Set puasa ini sangat mudah disediakan, menjimatkan masa dan memberi rasa kenyang dengan lebih lama semasa berpuasa. Cara diet Intermitten Fasting Klik Disini

Terima Kasih kerana sudi membaca.