5 petua dan khasiat buah nenas yang ramai orang tidak tahu, tetapi telah diamalkan oleh orang dulu-dulu. Petua ini hanya untuk masalah sakit yang ringan sahaja tau

1) Sakit perut keracunan makanan

Ambil nanas yang telah masak, kupas kulitnya dan kisar sehingga halus. Setelah siap, minum airnya sebanyak setengah gelas setiap kali selepas makan.

2) Masalah Kecacingan

Sebiji nanas muda diparut halus dan diperah airnya serta dicampur dua sudu makan madu atau sirap gula batu. Kacau dan beri pada anak yang ada masalah kecacingan.

3) Demam

Air rebusan nanas diminum dua kali sehari sebanyak setengah gelas. Kaedah ini dikata-kan dapat menurunkan suhu badan akibat demam, tetapi jika demam masih berlarutan sila dapatkan rawatan segera.

4) Melawaskan pembuangan air kecil

Buah nanas yang telah masak boleh dimakan atau dibuat jus. Kaedah ini dapat melancarkan sistem pembuangan air kecil.

5) Terseliuh/Sakit Urat

Buah nanas muda atau daun pokok nanas dihancurkan sehingga lumat. Setelah itu, bungkus dengan kain dan ikat pada bahagian yang terseliuh.

Selamat mencuba

Kredit Fb Ana Mahabu