Bangun pagi tiba-tiba ada naik 1atau 2 biji jerawat, walaupun hanya 1@2 biji sahaja ia sudah cukup merungsingkan bagi setiap wanita.
Ada beberapa sebab yang menjadi punca masalah jerawat.Anda boleh mengatasinya sekiranya anda tahu punca terjadinya jerawat anda.
Disini saya senaraikan beberapa punca masalah jerawat.
1.Perubahan hormon
Apabila berlaku perubahan hormon seperti zaman remaja, mengandung, waktu period ataupun menopause bagi wanita, jerawat akan timbul. Ini disebabkan hormone dalam badan, iaitu hormone androgen (testosterone) yang ada dalam badan lelaki dan wanita.
Ketidakstabilan hormon ini kadang-kala terkawal dan sekiranya tidak terkawal, masalah ini akan berlanjutan. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20an- 40an. Selain daripada itu, penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 juga menyebabkan perubahan hormon berlaku.
2.Tekanan (Stress)
Ada sesetengah jerawat yang timbul kerana dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin disebabkan dari penghasilan minyak dan sebum yang bertambah dikulit.
Tekanan ada dua, sama ada emosi atau fizikal.
Tekanan fizikal
- Exercise/bersenam tanpa rehat yang cukup.
- Kurang tidur/tidur lewat/tidur tidak teratur
- Jadual seharian yang sangat ketat
- Merokok dan pengambilan dadah
Tekanan emosi
- Bimbang atau kerisauan yang berlebihan
- Masalah rumah tangga atau family
- Tekanan di tempat kerja/stress study
3. Pemakanan
Pemakanan yang tidak seimbang seperti pengambilan makanan seperti seafood (udang, ketam, sotong, kerang), belacan, makanan berminyak/bergoreng, telur, daging, ayam goreng, makanan berlemak seperti santan, susu dan coklat.
4. Toksin
Jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah 30 tahun, bermakna sudah macam-macam sisa toksin terkumpul dalam badannya.
Jika sistem semula jadi tubuhnya tidak mampu untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan kulit seseorang itu kusam, berjerawat dan banyak lagi keburukan lain
5. Faktor genetik
Ada keturunan tidak ada masalah kulit seperti golongan arab yang rata-rata berkulit putih licin, dan tidak berminyak manakala jerawat menghantui hidup orang asia.
Atas sebab itu ubat antijerawat sangat laris dijual di Asia dan kurang mendapat sambutan oleh masyarakat Arab.
6. Alergic atau alahan
Alergic atau alahan apabila menggunakan kosmetik, foundation, cream muka atau pencuci muka baru yang ada bahan-bahan chemical tertentu yg tidak sesuai dengan kulit.Cara pembersihan make up yang tidak betul juga menyebabkan liang roma tersumbat.
7. Perubahan biologi badan
Ada segolongan individu kandungan minyak (sebum) di kulit berubah komposisi. Ada pulak golongan yang menghadapi perubahan pada sel kulit muka seperti hyperproliferation of KC (tak dapat ditafsirkan bagi golongan bukan dalam bidang perubatan)
8. Persekitaran & Pencemaran
Habuk atau udara yang tercemar seperti asap dan bahan kimia terutamanya di bandar-bandar besar, kilang-kilang boleh menyebabkan jerawat dihadapi oleh hampir semua penduduk kawasan tersebut. Bahan-bahan ini menutup liang roma dan menyebabkan inflamasi (radang) kemerah-merahan pada kulit.
9. Jangkitan pada kulit & masalah resdung
Kuman (bacteria) jenis propionobacterium acnes boleh membiak di kelenjar sebum di kulit anda dan menyebabkan jerawat. Atas sebab itu jerawat dinasihatkan tidak dipicit kerana apabila dipicit, kuman di dalam kulit tersebar ke kawasan sekitar dan menyebabkan punca jerawat di permukaan yang lebih luas.
10. Faktor Cuaca
Perubahan cuaca serta cuaca terlalu panas juga menyebabkan faktor timbul jerawat
0 Comments
Catat Ulasan