Apakah Perbezaan Sunscreen Dan Sunblock?

Sunscreen dan sunblock adalah sama dan berfungsi untuk melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari yang boleh menyebabkan kerosakan kulit.

Berdasarkan panduan FDA yang telah dikeluarkan pada tahun 2012, hanya istilah sunscreen sahaja dibenarkan pada label produk.Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada pengguna tentang perkataan "block" dan mereka beranggapan Sunblock lebih baik daripada sunscreen. 

Sebenarnya tahap keberkesanan produk pelindung suria atau sunscreen ini bergantung kepada bahan yang ada didalamnya.

Perbezaan antara Sunscreen dan sunblock hanyalah kepada nama yang diberikan oleh syarikat yang mengeluarkan produk.

Jenis-Jenis Sunscreen

Terdapat tiga jenis sunscreen iaitu kimia (chemical sunscreen), fizikal (physical sunscreen) dan hibrid (hybrid sunscreen)

1. Physical Sunscreen(Mineral)

Physical Suncreen biasanya mengandungi blocking agents iaitu zinc oxide dan titanium dioxide. Jika ingredient ini ada terkandung pada tiub suncreen tersebut, ia adalah physical sunscreen.

Ramai yang memilih Physical Sunscreen kerana ia sangat sesuai untuk kulit sensitif dan acne prone. Teksturnya agak pekat, ada white cast dan kurang digemari untuk mereka yang berkulit gelap. Physical suncreen berfungsi dengan cara memantulkan semula UVA/UVB.

2. Chemical Sunscreen

Chemical suncreen ada beberapa blocking agents yang biasa digunakan, antaranya ialah avobenzone, oxybenzane, octisalate, octinoxate. Kelebihan chemical sunscreen ini ialah teksturnya ringan, tiada white cast dan mudah menyerap, sangat sesuai dijadikan make up primer. 

Tetapi kena guna dan apply awal 10 minit sebelum keluar atau terdedah pada cahaya matahari. Ia berfungsi dengan menyerap UVA/UVB dan menukarkan menjadi haba. Tidak sesuai untuk ibu mengandung dan kulit sensitif skin.

3. Hybrid Sunscreen

Sunscreen jenis Hybrid pula adalah gabungan physical dan chemical sunscreen. Contohnya hybrid sunscreen ada kandungan bahan zinc oxide dan avobenzone, oxybenzane. 

Sunscreen jenis hybrid ini tidak mudah menyebabkan kulit muka kita menjadi iritasi. Tidak sesuai untuk ibu mengandung. Kelebihan sunscreen hybrid ini kurang whitecast (warna putih). Tekstur shades seperti CC krim seperti pakai foundation ringan sesuai untuk kulit jeragat

Apa Maksud SPF?

SPF merupakan singkatan bagi Sun Protection Function, spf ini adalah tempoh dimana berapa lama ia akan melindungi kulit dari UV (ultraviolet).

Kenapa kita wajib lindungi kulit kita dari pancaran matahari?

Kerana kulit akan semakin menipis dan ingin mengurangkan risiko masalah kulit seperti jerawat, jeragat, penuaan pramatang dan kanser kulit.

Ramai yang tidak tahu tentang berapa tinggi SPF tersebut untuk penggunaan hari.

Nombor SPF yang lebih tinggi bermaksud perlindungan yang lebih besar daripada sinaran UVB. Tetapi tiada sunscreen boleh menghalang semua sinaran UVB.

Sebagai contoh: 

1. Sunscreen dengan SPF30 menghalang kira-kira 97% sinaran UVB. 

2. Sunscreen dengan SPF50 menghalang kira-kira 98% sinaran UVB.

Untuk Kegunaan Harian: sudah memadai jika anda menggunakan kandungan SPF30.

Water Resistant: Jika anda sering terdedah pada sinaran matahari dan air, gunakan sunblock /sunscreen yang mempunyai SPF30 keatas serta resistant.

Ingin tahu lebih lanjut tentang Sunscreen dan pelembap terbaik sila klik Di Sini