Kiraan yang selamat untuk pengambilan kolesterol ialah antara 200-400 miligram sehari. Kita selalunya dinasihatkan agar tidak mengambil telur, santan, daging atau makanan berlemak apabila kita mempunyai tahap kolestrol yang tinggi.

Namun, apabila semua langkah itu tidak berjaya merendahkan paras kolestrol, tidak ramai yang tahu salah satu caranya adalah dengan mengambil makanan serta minuman sihat yang mengandungi sterol tumbuhan.

Tahukah Anda?

Berdasarkan kaji selidik Morbiditi dan kesihatan kebangsaan malaysia (2011),lebih dari 6 juta rakyat malaysia mempunyai tahap kolesterol yang tinggi dan angka ini dijangka meningkat disebabkan oleh pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat.

Apa itu sterol? 

Sterol dan stanol tumbuhan ialah molekul organik yang terdapat dalam tumbuhan, yang telah terbukti secara klinikal, boleh menghalang kolesterol dari diserap masuk ke dalam darah. Selain daripada makanan, sterol tumbuhan boleh diperoleh daripada suplemen.

Sterol tumbuhan, adalah sejenis unsur yang serupa dengan kolesterol, yang biasanya dijumpai dalam jumlah yang kecil dalam pelbagai bijirin, sayur-sayuran, buah-buahan, legum, kacang dan bijirin

Ia mencegah kolesterol diserap ke dalam saluran darah dan menyekat arteri, serta membantu menurunkan kolesterol-LDL dan risiko anda menghidap penyakit jantung.

Kajian menunjukan bahawa apabila ditambah kepada pemakanan sihat, ia boleh memberi manfaat pada kesihatan kita.

Mengikut kajian jika kita consume sterol tumbuhan 2-3 gram setiap hari secara konsisten selama 3 minggu, dapat mengurangkan paras kolesterol-LDL sehingga 10%. Walaupun plant sterol ini boleh mengurangkan hingga 70% kadar LDL, bila diambil bersama ubat kolesterol, dia bukan penggantian kepada ubat kolesterol yang telah diambil.

Tanda-Tanda Dan Gejala Kolesterol Tinggi 

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia. Jika tidak dirawat akan menyebabkan masalah kesihatan.

Dibawah ini adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera 

• Masalah pernafasan (rasa semput)
• Sakit dada
• Pening kepala
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Rasa loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin

Bagaimana Fitosterol atau sterol tumbuhan bertindak?

Fitosterol mempunyai struktur yang hampir sama seperti kolesterol.Oleh itu fitosterol berhasil mengurangkan penyerapan kolesterol didalam usus dan meningkatkan perkumuhan dari badan kita. Lihat gambar dibawah.


Saranan pengambilan Phytocol St untuk dewasa iaitu 2 tablet,2 kali sehari selepas makan.

Phytocol St diperbuat daripada gabungan sterol dan stanol.Membekalkan 2,000 mg sterol dan stanol setiap hari.

Manfaat Phytocol-ST

1. Membekalkan Fitosterol tumbuhan, bagus untuk membantu menurunkan bacaan kolestrol LDL

2. Membantu menghalang kolestrol jahat masuk ke dalam saluran darah dan badan kita.




Boleh hubungi Pengedar Shaklee Ampang/Maluri yang sah sila Klik Disini untuk sebarang pertanyaan tentang produk